BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Miss Nurul

Miss Nurul

Tuesday 15 July 2014

Bumi Gaza,Tetap Pahlawan



Dentuman demi dentuman..
Jeritan anak-anak kecil menggamit ketenangan alam..
Di manakah nilai keperimanusiaan??  Rakyat Palestin hilang pekerjaan,hilang harta,hilang ahli keluarga terdekat tapi hanya satu yang terdetik dan tersentuh di dalam hatiku.. SEMANGAT JIHAD mereka langsung tidak pernah pudar..Mereka dah berjanji untuk tinggalkan Aqsa begitu sahaja.. Mereka berkata,”biarlah kami menjadi wakil untuk umat islam di seluruh dunia untuk pertahankan kesucian Islam ini” Allahuakbar!! Semangat juang anak-anak2 Palestin meragut jantungku.. Mereka di sana bergelumang darah..
Tetapi anak-anak muada di sini masih lagi leka dan khayal dengan kemajuan dan kemewahan dunia.. Masih ada lagi yang sanggup berzina,masih ada lagi yang sanggup berfoya-foya.. Mengapa?? Kadangkala aku terfikir,mengapa anak muda sekarang senang leka? Senang terjerumus dengan perkara yang sia-sia sedangkan Negara masih lagi aman.. Adakah kelompok belia ini mampu pertahankan Negara di saat Negara dalam keadaan kucar-kacir ataupun mereka dahulu yang berlari di sebalik batu-batu kerana diri mereka seorang PENGECUT?!!

Tanahair kita ,negeri Sabah telahpun diceroboh masuk hingga ada anggota kita yang terbunuh untuk mempertahankan tanahair.. Al-Fatihah buat arwah..agar syurga tempatmu di sana..
Sekarang ni dengan kemajuan teknologi,pelbagai cara boleh kita sumbang untuk saudara kita di Palestin..Hanya dengan SMS,bank in duit dan sebagainya.. Kita sedar diri kita tidak mampu untuk membantu ke sana menghalang zionis laknatullah itu dari berhenti menyerang Gaza,namun apa salahnya kita membantu seperti memboikot produk Israel.. bersedekah di tabung2 Aman Palestin,Aqsa Syarif,Mercy Malaysia dan sebagainya.. Terdapat banyak NGO di Malaysia.. Adakah masih rakyat MALAYSIA SEDAR??

Satu perkara yang aku ingin bersyukur,Malaysia masih mampu merasa nikmatnya KEAMANAN..
Adakah rakyat Malaysia bersyukur?? Semoga Allah menempatkan segala mujahid2 Islam di tempat yang tertinggi di dalam syurga.. Teruskan perjuangan mu Gaza,.. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian di sana..

Thursday 10 July 2014

Perjuangan Lagi...

Perjuangan lagi sekali..
Kaki dah mula injured tapi gagahkan juga.. Inilah game terakhir  untuk skuad kebangsaan.. Untuk PIALA SUKAN ASIA aku mengundurkan diri...

Glasgow Commonwealth ,. Kami tak target medal.. Apa yang kami target ialah semasa di Piala Sukan Asia.. 

Apa pun usaha itu pasti.. Aku pun akan fokus ke MASUM nov ini di Terengganu..
Harapnya aku mampu menggalas tanggugjawab sebagai pemain... begitu juga dengan Sukma di sarawak pada 2016.. Ya Allah..Jika sukan inilah punca rezeki ku,kau redhailah segala perjuangan dan usahaku...