BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Miss Nurul

Miss Nurul

Wednesday 28 November 2012

Nurul Hidayah Bekas Pelajar SMK KEMPAS 2012

ALHAMDULILLAH....ALHAMDULILLAH....ALHAMDULILLAH

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan berkat keredhaannya,aku mampu menamatkan peperiksaan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA bagi sesi 2012.. Allahuakbar.. Betapa leganya aku apabila mampu menamatkan urusan dunia ini... Meskipun aku telah menamatkannya,namun aku tidak akan berhenti berdoa..DOA SENJATA orang mukmin...Syukran Jazilan Ya Allah..Engkau permudahkan segala urusanku...

Teringat aku di saat pahit manis yang aku jalani sebagai seorang pelajar sekolah menengah tinggi..
Di saat aku sibuk melibatkan diri dalam latihan olahraga yang berterusan,aku kecundang dalam usaha menimba ilmu pengetahuan..KELETIHAN setelah aku belajar di dlam kelas,disambung pula dengan kelas tambahan,seterusnya disambung pula dengan latihan olahraga,Allahurabbi..Aku shja yg mengetahui setinggi mana lelah ku,keletihan ku,kelesuan badanku menjalaninya setiap hari...Pada saat itulah aku jatuh tersungkur dalam akademik..Namun aku bangkit semula..aku tidak jadikan Tugasku sebagai ATLIT menjadi penghalang!!
Begitu juga aku menggalas tanggungjawabku sebgai KOMANDEN KADET POLIS WANITA..Melayan kerenah anak buahku seramai 36orang yang pelbagai ragamnya adalah tidak mudah..Kadangkala emosiku terganggu kerana disiplin mereka kurang memuaskan hatiku..Di saat aku penat menghadapi kelas sepanjang hari,ditambah pula dengan tekanan skuad-skuad wanita ku,aku terasa amat LETIH!! tapi aku bersifat PROFESIONAL agar tiada sesiapa pun bermasam muka...Alhamdulillah,,aku mampu membawa kotinjen ku ke acara kawad kaki 4 kali dalam thun ini..Alhamdulillah..
Selepas itu,,huh~~ banyak lagi lah,.,tidak mampu untuk aku ceritakan keseluruhannya..tapi alhamdulillah..segalanya sudah tamat..
TANGGUNGJAWABKU sebagai seorang pelajar sudah terlaksana.. Semoga Allah memberkati segala usahaku untuk menjadi yang terbaik di antara yang terbaik...
Jazakallahu khairan katsiran kpada semua pihak yang sentiasa memberi semngat kepada ku... Semoga ALLAH MERAHMATIMU..~~

Tuesday 6 November 2012

Peperiksaan SPM sedang berjalan tapi tak salah kan untuk yaya berkongsi..
Nak tahu,hati ini tiba2 TERFIKIR satu perkara..AKU NI AMBIL PERIKSA UNTUK AP?? 
(mungkin org anggap yaya ni giler tnya soalan mcm tu) tp ni mmg betul IKHLAS terdetik di hati bertanya pd dri sndri... Beristighfar yaya di dalam hati..selama ni aku mnuntut ilmu hanya untuk lulus ke?? MASYALLAH!! Ya Allah ampunkanlah hambamu ini yang lemah.. UBAHLAH hati ini.. tetapkan niat bhawa kita mnuntut ilmu adalah untuk digunakan dalam khidupan seharian..bukan skadar lulus periksa..Patutlaa kadang2 ilmu allah yang sedikit itu kita tidak mampu kuasai... Lepas ni jangan slahkan guru-guru ye kenapa kita gagal,atau kenapa kita tak pandai.. cubalah putarkan semula ayat itu untuk diri sendiri..
Wallahualam~~