BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Miss Nurul

Miss Nurul

Tuesday, 15 July 2014

Bumi Gaza,Tetap Pahlawan



Dentuman demi dentuman..
Jeritan anak-anak kecil menggamit ketenangan alam..
Di manakah nilai keperimanusiaan??  Rakyat Palestin hilang pekerjaan,hilang harta,hilang ahli keluarga terdekat tapi hanya satu yang terdetik dan tersentuh di dalam hatiku.. SEMANGAT JIHAD mereka langsung tidak pernah pudar..Mereka dah berjanji untuk tinggalkan Aqsa begitu sahaja.. Mereka berkata,”biarlah kami menjadi wakil untuk umat islam di seluruh dunia untuk pertahankan kesucian Islam ini” Allahuakbar!! Semangat juang anak-anak2 Palestin meragut jantungku.. Mereka di sana bergelumang darah..
Tetapi anak-anak muada di sini masih lagi leka dan khayal dengan kemajuan dan kemewahan dunia.. Masih ada lagi yang sanggup berzina,masih ada lagi yang sanggup berfoya-foya.. Mengapa?? Kadangkala aku terfikir,mengapa anak muda sekarang senang leka? Senang terjerumus dengan perkara yang sia-sia sedangkan Negara masih lagi aman.. Adakah kelompok belia ini mampu pertahankan Negara di saat Negara dalam keadaan kucar-kacir ataupun mereka dahulu yang berlari di sebalik batu-batu kerana diri mereka seorang PENGECUT?!!

Tanahair kita ,negeri Sabah telahpun diceroboh masuk hingga ada anggota kita yang terbunuh untuk mempertahankan tanahair.. Al-Fatihah buat arwah..agar syurga tempatmu di sana..
Sekarang ni dengan kemajuan teknologi,pelbagai cara boleh kita sumbang untuk saudara kita di Palestin..Hanya dengan SMS,bank in duit dan sebagainya.. Kita sedar diri kita tidak mampu untuk membantu ke sana menghalang zionis laknatullah itu dari berhenti menyerang Gaza,namun apa salahnya kita membantu seperti memboikot produk Israel.. bersedekah di tabung2 Aman Palestin,Aqsa Syarif,Mercy Malaysia dan sebagainya.. Terdapat banyak NGO di Malaysia.. Adakah masih rakyat MALAYSIA SEDAR??

Satu perkara yang aku ingin bersyukur,Malaysia masih mampu merasa nikmatnya KEAMANAN..
Adakah rakyat Malaysia bersyukur?? Semoga Allah menempatkan segala mujahid2 Islam di tempat yang tertinggi di dalam syurga.. Teruskan perjuangan mu Gaza,.. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian di sana..

Thursday, 10 July 2014

Perjuangan Lagi...

Perjuangan lagi sekali..
Kaki dah mula injured tapi gagahkan juga.. Inilah game terakhir  untuk skuad kebangsaan.. Untuk PIALA SUKAN ASIA aku mengundurkan diri...

Glasgow Commonwealth ,. Kami tak target medal.. Apa yang kami target ialah semasa di Piala Sukan Asia.. 

Apa pun usaha itu pasti.. Aku pun akan fokus ke MASUM nov ini di Terengganu..
Harapnya aku mampu menggalas tanggugjawab sebagai pemain... begitu juga dengan Sukma di sarawak pada 2016.. Ya Allah..Jika sukan inilah punca rezeki ku,kau redhailah segala perjuangan dan usahaku...





Tuesday, 24 June 2014

LETIH . . . . .

Biarpun sibuk dengan kerja dan training,aku cuba cari ruang untuk diri sendiri . . .
Aku rasa sedikit stress dengan sikap coach sejak kebelakngan ni... kenapa perlu "push" aku ??
Position asal ku drpda penyerang trus tukar menjadi midfield.. Alasannya stamina aku kuat.. Tapi sepanjang latihan,kenapa hanya aku yang ditegur.. 
"Nurul,back off!!!"
"Nurul, turun bawah!!"
"Nurul,sapu bola tu!"
WHAT THE ****** kenapa asyik aku?? letih la coach.. lama-lama jadi stress pulak asyik nama aku yang dijeritnya!! haisshh~~ yang lain ad jugak buat silap..bola kena kaki la.. bola terkena backstick la,x pula dimarahnya... lastly muka aku jadi MASAM.. pandai pula dia nak pujuk balik.. Maaflah,kalau aku dah mula kluarkan muncung seribu ni,jangan harap lah aku makan pujuk kau coach.. saborr je lah.. serabai betul...

Akhirnya aku lepaskan semua kemarahan aku pada keeper.. xpelah sheera.. kau kan pakai protector tu,so x pyah rsau la kalau aku sja pukul bola tu tepat ke dada kau sebab aku bayangkan kau tu coach... hahaha....

ALHAMDULILLAH,satu berita yang aku dapat tahu,segala kejahatan yang dia buat telah terbongkar..
http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/keberanian-wanita-bongkar-kes-ragut-1.292684

hikhikhik...bersyukur sangat!! padan muka kau..,. Tahu nak amik harta orang je.. Kan dah kena..dahlah rumah yang diserbu tu dekat dgn skolah aku.. Syukurlah segalanya selesai.. Tangan yang luka tu terus sihat pula jadinya..hahaha... Polis beri habuan.. tapi habuan tu aku tolak,dia bagi lagi.. dan aku ptuskan,aku dah pun masukkannya dalam TABUNG ADIK FIRDAUS.. adik OKU yang djumpai dalam keadaan menyayat hati..biarlah tiada siapa yang tahu hal ini,,pastinya aku berasa lega..

Ouh ya,tiba-tiba terjumpa gambar lama.. waktu aku tingkatan 4.. Rindu pula nak bersilat semula... baju uniform elok lagi tergantung dalam almari 
Ewaaahhhh... heiiyaaaa!! heheee... dalam stahun aku bru mengenali apa itu seni silat,tuan guru dah naikkan pangkat aku.. aku lompat 3 stage.. ntahla.. rezeki kan.. tuan guru yang menilai.. aku masuk silat ni pun x dirancang... 
 Dan sekarang ni lah aku.. aku , padang hoki,stick hoki, beg hoki mmg xdpt dipisahkan lagi.. Aku sangat mencintai bidang ni.. Aku harap,universiti yang akn aku daftar nanti akan beri pluang untuk aku menjadi atlit hoki mereka.. pejam celik dah hampir 10 tahun aku dalam sukan ni.. Andainya aku ada anak kandung sendiri,aku nak sangat dia ikut jejak langkah aku.. tapi dalam team aku ni,semua gelarkan aku "ATLIT MUSLIMAH" dahsyat jugak kalau dengar..bhahaha.. aku je atlit tungggal bertudung... training pun x prnah la x pakai inner.. solat tu dah wajiblah.. mereka yang x solat tu aku x boleh buat ap..tanggungjawab masing-masing..

haih,tengah malam sudah.. tidurlah....
Bismikallahhummainni'ahyawa'amut
zzzZZZZzzZZZZzzzZZZZzzZZZZzzzZZ

Thursday, 19 June 2014

LAST MATCH

Bila rasa diri sibuk, aku rasa BEBAS dari masalah yang dihadapi.. Makin lama aku dapat rasa orang di sekeliling ku semakin happy.. Alhamdulillah lah macam tu... 




Kak Aen ngan Abang Ali pun hubungan makin pulih.. Aku tumpang bahagia lah.. syukur sangat2 bila kak ain bahagia.. Abang pula dapat naik pangkat hari tu.. Fauzan pun dah honeymoon dengan istri.. Jualan mama makin memberangsangkan.. Aku bahgia dengan rezeki yang Allah anugerahkan pada insan yang dekat dengan aku.. ALHAMDULILLAH.. rezeki dan nikmat kebahagiaan yang tidak terkira  nilainya.. 


Aku pun dah malas nak fikir tentang silam.. Aku belum lagi nyatakan pada mama,tak apalah,biarlah diam ditelan waktu..Aku malas nak menjawab soalan mama nanti..pastinya aku diserang soalan bertubi-tubi dan mengusutkan aku.. Yang penting sekarang aku dah memang langsung tak ambil tahu tentang dia.. Hati aku dah TAWAR dengan mana-mana lelaki.. Tak tahulah sakit di hati tak hilang lagi.. Kalau mengikuti aktiviti dia,aku lah yang bodoh.. budak dah taknak kat kita,ada aku kisah??? baru-baru memang lah ada tapi lama-kelamaan jadi "lantak dia lah".. dia tak fikir aku,aku nak fikir dia buat apa..Seksa peraasaan sendiri je.. kalau ada makwe baru pun,lagi bagus.. (ayat nak sedapkan hati) bhahaha

Petang ni perlawanan terakhir.. ouh i see.. baru lah aku perasan,family aku x pernah datang tengok aku lawan sejak aku sekolah rendah.. Kadang-kadang teringin juga nak tengok diorang datang.. Macam family member aku buat.. datang dengan bagi sokongan walaupun anak dia hanya duduk di bangku simpanan... Alahai nak buat cm mana.. tak do jodoh katanya.. tak apo lah.. yang ponting semangat diorang ado dalam diri den ni hah..



Somalam pun den dah selosai poie kursus perkahwinan ni hah.. bukan den gatal sangat nok monikah,sajo jo kutip ilmu di dada .. tak fikir lagi nak cintan cintun ni..takut den dikecewakan lagi.. risau.. tapi padahnya den asyik terkono jah dongan ponceramah tu hah.. maklumlah, peserta laie datang dongan bakal bini,bakal lagi,den sorang jo dtang sorang diri.. haha.. tak polah pokcik.. den torimo jo lah!! 

Lepas ni bulan puasa pulak.. yang pastinya dah 3thun arwah pergi kali ni.. maklumlah,meninggal di malam pertama ramadhan buat kan hati aku ni terkesan sangat2.. alhamdulillah,aku ad je masa untuk jumpa mak dia.. senyum je wajah sang ibu walaupun aku tahu hatinya perit sangat memikirkan kehilangan anaknya.. tak pelah makcik.. sabar.. kita ada Allah.. Putra selalu datang teman makcik kalau di rumah katanya.. begitu juga aku.. aku merasakan dia selalu hadir memerhatikan aku .. hemmmm..

hohoho... okay2 .. semangat!!!!!!!!!! semangat... beg hoki tu pun dh ready untuk diangkut.. engine kereta pun dah panas.. nak chou cin cau dlu.. lepas ni ntah sempat agi ke tdak sentuh blog ni.. haha.. lantak la.. aku bukan slalu online pn... layan pn whatsapp je.. itu pun sbb hal kerje..haiyaaa... takpe2.. yang penting biasiswa setiap bulan msuk RM4k dalam bank.. hahaa..simpan buat kahwin... nak gi umrah.. macam2 la.. yang penting kucing aku slalu jugak makan sedap.. hahahaha!! alahai "KECIK" kau tu pengubat rindu tahu tak??!! 


Friday, 13 June 2014

AKU TERIMA NIKAHNYA ...

Majlis akan nikah yang sangat mengharukan ..
Tepat pada malam nisfu syaaban..

Dengan keadaannya yang agak gementar.. Dtang lewat ke rumah pengantin perempuan.. Buat aku bimbang.. aku datang dah setengah jam lebih awal..Muka dia macam hilang darah terlalu banyak.. PUCAT habis.. keluar dari kereta dengan samping terabur.. *Aku tepuk Dahi*

Aku betulkan samping dia semula.. waktu tu ,air mata aku menitis.. tanpa dia sedar..aku sendiri tak sedar.. sebak.. Sebab orang yang rapat dengan aku bagaikan abang nak menikah sekejap je lagi.. Aku teringat Am.. Aku teringat Putra.. Tak tahulah kenapa fikiran bercelaru..


Dah siap semua, dia kesat air mata aku,dia ckap "Jangan sedih.. semua berjalan lancar..in shaa allah"
Aku pun terus mengambil dulang hantaran dalam kereta aku dengan saudara maranya.. Aku melangkah masuk.. Suasana meriah.. Kecoh pula di bahagian perempuan untuk memanggil si pengantin keluar dari bilik.. aku mnyusun barang hantaran,aku duduk di sebelah ibu fauzan..

Di saat bapa pengantin menghulurkan tangan untuk sesi ijab kabul, aku terbayang Putra di situ.. Dia tersenyum melihat muka fauzan.. Adakah aku bermimpi? tapi tak.. memang betul dia dduk di situ.. Aku tersenyum..Putra hadir juga di saat sahabtnya menikah "AKU TERIMA NIKAHNYA NUR SURAYA ALIYA BT AHMAD JALIL DENGAN MASKAHWINNYA RM22.50 TUNAI"




Aku tersenyum , zaujahnya tersenyum , ibu bapa kdua2 belah pihak tersenyum , kembar fauzan tersenyum,Putra memandang aku dengan tersenyum juga.. Saat pembacaan doa, aku keluar.. Aku tak tahu kenapa SEBAK teramat sangat.. KENAPA? Sebab aku terlihat Putra? atau sebab aku teringat janji Am, ataupun aku sebak kerana Fauzan dah menikah.. aku bercelaru..

Aku termenung,memang takdir ke aku selalu gagal dalam perhubungan? dan perhubungan itu putus bukan kerana aku! arwah pergi, itu dah takdir.. aku redha terima..

Faizie dtg dekat dengan aku.. Dia tanya kenapa aku sedih.. dia salah anggap..dia ingt aku suka kan Fauzan.. Allahurabbi.. tak pernah sekali terdetik di hati aku menyukai dia.. Lalu Faizie suruh aku untuk masuk kedalam tpi aku minta diri untuk balik dengan segera.. aku hanya mendapat gmbar whatsapp dari faizie...

Faizie meminta aku untuk perform dgn biolaku malam ni.. BIOLA? aku tak mampu.. bnyak kenangan tentang biola tu.. tapi faizie suruh aku perform demi abangnya.. MALAM INI?? lagu apa yang ingin aku mainkan?? Putra.. Tolong saya.. saya tak mampu.. saya dah lama tak main sejak awak pergi..

Wednesday, 11 June 2014

TAKE A NEW BREATH , BE A NEW PERSON

When I've settled everything just for one week , I feel that , I can do my responsibility very well..
Just more than 30 % LEFT . .  Then when I went back , I thinking , I have my own way to make myself to be happy so why I'm not did it ?  Pelamin tema sakura dah siap..Barang hantaran pun dah siap.. tinggal  nak survey ke dewan utama je.. semuanya untuk awak FAUZAN.. kita SAHABAT SELAMANYA...

Then I contact Mr.Salam.. I want to see him.. Selama ni dia lah yang sentiasa beri semangat.. Allah hantar dia dalam hidup aku di saat aku jatuh dulu.. Sampailah sekarang dia masih ad di saat aku memerlukan..

Akhirnya kami berjumpa di STARBUCK Setia Tropika.. Kekuatan semangat yang dia bagi buat aku bangkit.. Buat aku lebih tabah.. Barulah aku tahu masalah aku hanyalah umpama sekecil semut dan sebesar zarah.. Cikgu Salam inginkan aku study properly dan dia akan bantu selagi dia mampu..

Dia nak aku dapat selempang "PINK" tu 5 tahun akan datang sewaktu konvokesyen aku.. Barulah aku faham, dia inginkan aku betul-betul berjaya dalam bidang aku ceburi meskipun ramai yang mencemekkan course yang aku ambil.. ANC .. Anugerah Naib Caunselor..

In Shaa Allah cikgu.. saya akan cuba.. dan pesanannya lagi ,dia melarang aku untuk menjalinkan hubungan CINTA dengan sesiapapun dalam tempoh aku belajar dan sehinggalah aku cecah stahun dalam kerjaya.. Agak lama tapi aku yakin aku mampu.. lepas arwah tiada,aku boleh hidup sendiri.. tak kanlah sekarang tak boleh.. Dia btul2 warning aku.. 

Dia nak aku kembali semula beraksi di kaca tv macam tempoh hari.. Dia inginkan aku mengaut segala pingat yang ada.. Dia ingin aku berjaya dalam dua-dua bidang dan satu pesanan dia yang buat aku menangis.. Dia suruh aku fikirkan tentang ayah.. BETUL!! Ayah... Ayah di mana mengajar aku,mendidik aku seolah-olah aku seorang tawanan, dan aku harap dengan kejayaan aku nanti aku mampu menjinakkannya.. 

Terima kasihg cikgu salam.. thank you very much because spent ur precious time with me.. give me a new breath.. give me a new spirit.. Saya dah anggap cikgu macam abang saya sendiri..Memang sya ad abg kandung tapi dia x dpat bantu aku dlam hal mcm ni.. dia tak tahu apa2 sebab dia tak ada pengalaman further study,dengan tekanan yg dhadapi.. 

Aku baru sedar , aku harapan dalam keluarga.. Mama dengan ayah sangat memerlukan aku untuk buka mata sanak saudara supaya mereka tahu siapa keluarga aku sebenarnya..
Akulah orang yang selalu dicaci di belakang..
Akulah orang yang selalu diumpat di belakang..
Akulah orang yang mereka benci...
YA!! ITU SEMUA AKU kerana aku anak ayah.. ayah aku anak perantau..Ayah aku tiada harta..tiada apa-apa sewaktu merisik mama.. kerana hal itu mereka turut membenci aku.. ya ,memang dio hadapan mereka tersenyum dengan kehadiran aku,tapi malangnya di belakang aku kau memperbodohkan aku.. Tapi akulah cucu yang paling nenek sayang.. yang paling nenek rindukan kerana aku tak sebusuk hati mereka..itulah nenek yang pernah cakap denganku..

Aku tak pernah menjatuhkan mereka.. Aku tak pernah memandang rendah dengan kebolehan mereka.. Dan aku tak tahu bagaimana jika nenek sudah tiada.... Minggu depan aku pulang ke kampung..aku ingin peluk insan itu..yang juga selalu aku minta restu setiap kali ingin meneruskan pengajianku ke KMNS.. Sewaktu aku lari dri rumah dan pulang ke KMNS dengan menaiki bas sndri,aku tekad untuk datang ke rumah nenek.. memberikan pelukan hangat dari seorang cucu yang dihina..Nurul rindukan Nek Esah.. Tunggu nurul balik Nek.. Nurul dah pasang niat untuk buat kenduri arwah atok sempena sambut ramadhan.. Nenek tak perlu keluarkan se sen pun.. semuanya Nurul akan guna duit Nurul hasil keringat Nurul lawan di Vietnam tempoh hari..

Nurul faham nenek teringin nak dengar bacaan yassin di rumah kan?? lama dh kita tak buat kenduri utk arwah atok , nek.. 
Salam rindu dri nurul nek...

Cikgu Salam, terima kasih bagi saya kekuatan,kerana cikgulah saya kenal siapa diri saya..
kelemahan saya.. kekuatan saya.. terima kasih cikgu...Terima kasih..

Monday, 9 June 2014

REMOVE ? ? ? ?

SERIOUSLY???????????
I've been removed from his list??
Have been a long time,I did not on my WeChat , facebook too.. but in FB, he still in relation with me.. but for WeChat, he was removed my acc..
What is my fault?? Awak dah benci saya ke? Salah saya, apa??
MOOD hilang lagi . . . . . . every single day, I'm thinking of you.. What decision you had chosen..
I'm curious want to know what is my fault actually!! U are never tell me straightly about that..
Sekarang busy sangat sampai x sempat nak online..online pun upload somthing,then I just left it.. sometimes x layan comment member2.. Just look at the relationship,we were still going on..
I'm very happy.. love u dear.. I really miss u..
How can I deny it...
But in WeChat account,I've been removed............ouh one more!! shit.. my credit card lost just know.. luckily,just have RM30 something.. Ya Allah,please ease everything for me and keep my spirit higher from day a day.. Ameen