BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Miss Nurul

Miss Nurul

Sunday, 25 May 2014

Pengalaman Temuduga Sains Sukan di Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi di UiTM

Assalamualaikum..
Hah ni nak cerita mengenai interview untuk sarjana muda pengurusan sukan ( sport management ) bg pengambilan 14/15 semalam..
Sesiapa yang nak hadir ke interview tu dinasihatkan untuk hadir awal la supaya awak smua boleh habiskan interview awal dan boleh balik awal..


Ceritanya  saya datang sana tepat jam 8:30am ..
Datang awal tu dah siap2 dengan berpakaian sukan lah sebab CONFIRM mereka akan buat physical test terlebih dahulu...
Physical test terbahagi kepada 4 :
* Sit Up
* T test
* Standing Jump
* Bleep Test

 - Standing jump tu saya dapat buat 1.90m
 - T test saya dapat buat 11.36s
 - Sit Up tu saya dapat markah 5
 - Bleep Test saya dapat level 5/4

Syarat utk bleep test bg yang prempuan level 4 dah cukup.. Untuk lelaki kena level 8.. It's Ok la..buat je... paling2 pun muntah hijau je bila dh hbis lari tuh..hahahaha

Lepas selesai smua physical test , rushing pula tukar baju formal untuk interview dengan panel..
cerita masa interview pula ALHAMDULILLAH panel tak tanya langsung dengan saya mengenai sukan.. Dia hanya tanya saya berasal dari mana dan lepasan apa..saya lepasan matrikulasi..
Lepas tu dia cakap
" result SPM awk ni bagus.. kalau awak masuk UNIKL,awak dh boleh pergi oversea..
awak main sukan apa?"
"Saya main Hoki"
"Peringkt apa dah awak main?"
"KAKOM..Saya layak ke SIPMA cuma saya ad hal peribadi yang menyebabkan saya tarik diri"
"Position apa awk main?"
"Position forward"
"Ni memang pilihan pertama awk ke? awk nak UiTM Shah Alam?"
"ye saya..ini pilihan pertama saya dan saya inginkan meneruskan pengajian di Shah Alam"
"OK..awak pandang muka saya ni..awak ingat muka saya ni..ingat pesan saya BELAJAR BETUL-BETUL..Ok ,awak boleh kluar.."

Mata saya dh terkebil-kebil..ini je ke interviewnyer?? calon lain dia amik masa yang sangat lama.. tapi saya duduk tak sampai 3 minit dia suruh kluar?
"Awak xnak kluar ke? "
"Ye.. ye... saya kluar.. Terima Kasih "
saya terus dapatkan mama ngan abah.. hati saya hiba.. gembira pun ada bukan kerana interview tadi tapi Allah permudahkan urusan saya...
Keputusan akan kluar within 3 months.. if you do not get any answer from them so that is mean your interview failed!

So tunggu jelaaa :)   Saya ada lagi satu interview di UM dalam bidang yang sama  tapi rasanya tak pergi sebab  tiada siapa yang nak hadir dengan saya.. Harap2 dapatlah uitm shah alam ni :)