BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Miss Nurul

Miss Nurul

Sunday, 28 August 2011

Permata Baru. . .

Assalamualaikum..

Sarah Adriana


Wah!! Hari ni nak ceritakan sesuatu..Berita GEMBIRA... klau awak semua nak tahu,, Ustaz Aziezul dh dpat anak sedara pertama...Chomey plak uh..Namanya SARAH ADRIANA...Tgk Pic sbalah ni --=========--------->


Angah dan anak sulungnya






So angah beraya laa ngan baby baru...Tahniah & Selamat menjadi ayah yang baik kepada Adriana..
Sedap sangat nama. . .permata kamu ni..





Semoga keluarga tambah berseri dengan khdiran permata baru dalam keluarga Abdullah. . .

6 Jam Tanpa Henti

Assalamualaikum..

WOW!! Malam td yaya terlampau boring..Badan yaya pula rasa tak sihat,,rasa mual-mual dan ingin muntah2..Tapi alhamdulillah semuanya OK..Tapi malam tadi yaya dngan si Capital "M" berChatting di FACEBOOK dari jam 12:00am hinggalah 6:00am.. That's why yaya beri title blog hari ni "6 JAM TANPA HENTI" Hehehhe...

Dah lama yaya rse xjumpa si M..Dia pula dh berpindah ke Sabah...Malam tadi bnyak cerita yang kami kongsi sama2..Kedua-duanya berkaitan dengan perasaan...Semasa si M menceritakan tentang perasaanya terhadap seseorang,,yaya shock!! xsangka pula yaya apabila si M dulu yang yaya kenal rupa2 nya ada memendam perasaan kepada sseorang prempuan yang dah pun berusia 17 thun besekolah di SM Teknik Tengku Azizah.. Wow!! sangat tak sangka.. Tapi OK laa... mereka pernah juga serious dalam hubungan tapi takdir menentukan mereka terpaksa berpisah apabila M dtugaskan ke Sabah.. sperti mne M ckap dalam Chatting semalam "Setia pun x guna kalau takdir kata tak boleh" Yaya sokong sngat dengan statement uh....

Yaya pun ceritakan pada dia tentang kawan skerja dia dulu,capital "Z" pun pernah mluahkan perasaan pada yaya..dia pun terkejut..nasib kita sama..Bru nak serious,,dia pula ditugaskan ke Penang..huhuhuhuh (-_-)
Sedih rasanya bila teringatkan semula kisah lama..Apa2 pun,chatting dengan M sngat seronok..Sampai susah nak stop malam tadi and sahur pun depan laptop.. M makan maggi asam laksa dengan nescafe panas...yaya pula macam biasa laa,sgelas susu dengan roti.. hheheehehe..
Itulah RAHSIA yang kami share sama2..

Yaya melihat M mmg seorang yang SETIA dngan prasaannya..sseiapa yang dapat memiliki CINTA sebnar M ,yaya yakin dia laa yang sangat beruntung..Andainya Si Dia memiliki sifat yang sama seperti M,,beruntungnya diri ini.. M pula dngan sjujurnya mengatakan bahawa sesiapa yang couple dngan yaya,,mesti org tu beruntung..Btul ke?? Dia ckap yaya ad ciri2,yaya pun x thu..org shja yang mmpu mnilai..tapi sepanjang aku hidup,,aku memang couple dengan orang yang dh berusia 20-an...umur bukan penghalang... yang penting kekuatan ksih syang,,dan persefahaman...Thanks M kerana sudi berkongsi cerita dengan yaya..yaya xpernah rasa rugi sebb malam tadi kita tak tidur..Chatting sampai subuh..hehehe..


"M,nnti kita crite lagi k..banyak lagi kan awak nk cterkan pada saya?" suka laa share dgn awak..awak baik sgt..

Bye. . . . 


Saturday, 27 August 2011

Sweet Memory

Assalamualaikum..


Birthday disambut dengan rakan sekerja
Hari ni berkaitan dengan kisah Si Dia..Yaya rasa happy sangat bila tengok gambar ni semula..walaupun yaya xdapat nak sambut dengan Si Dia secara personal,tapi Alhamdulillah..At least ada juga orang yang sambut birthday ngan si Dia..Sewaktu yaya update blog ni,,hari penting ni dah pun berlalu hampir sebulan 24 Julai 2011..


S0pannya nak potong kek..

Sambutan cuma disambut secara kecil-kecilan..Sebenarnya,,yaya dah berniat untuk membeli hadiah yang special buat Dia..Hadiahnya ialah baju kemeja dengan necktie yang mmang yaya beli khas untuk smbutan birthday Dia..Tapi masa tu ada masalah keluarga yang membuatkan aku terpaksa cancel semua tempahan tu..yang aku sempat beli cuma 2 Necktie dan 1 set Clip tie..Harga pun x laa semahal mana..Yaya beli ap yang ya termampu..


Cut the cake..Give me,please ?
Bahagia yaya bila melihat Si Dia pun Happy..So umur Dia sekarang dah pun mencecah 26 tahun..Bila laa nk mencari calon isteri ye?? Yaya cuma mampu menjadi teman paling rapat ngan Awak buat sementara waktu je..Memang kita selalu contact,selalu tanya khabar,selalu berkongsi pendapat,selalu berkongsi rahsia,selalu menceritakan masalah,selalu bagi semngat tapi saya hanya dapat rasa ini semua hanya smntara je Sayang..
Apa2 pun,,Yaya harap abang selalu bahagia dengan khidupan abg..


  KEBAHAGIAANMU MERUPAKAN KEBAHAGIAANKU JUGA

Perjalanan Sayangku. . .

Assalamualaikum..


Malam ni Si Dia akan pulang ke kampung halaman..Walaupun aku xdapat call Si Dia kerana aku berada di Singapore,namun aku mendoakan keselamatan perjalanannya bersama along..Mudah-mudahan Si Dia berasa bahagia apbila berjumpa dengan kluarga yang sangat Dia rindui di kampung..


Tetapi betapa sukarnya aku di sini kerana tidak dapat mendengar suaranya,facebook pun dia xon9,yahoo messenger pun dia x on,mcm mne aku ingin sentiasa mngetahui ap yang dibuat..


"Abang,jaga diri baik2..Tak perlulah ingat tentang diriku..fokuskan hatimu buat keluargamu..Yaya di sini pasti dalam keadaan selamat.."


                       (-_-) SELAMAT JALAN SAYANG

Friday, 26 August 2011

Hari Terakhir Di Sekolah Sebelum Syawal

Assalamualaikum..


Ustaz Suhaimi & Ustaz Aziezul
Hari jumaat ni skolah ku ade buat majlis khatam Al-Quran sempena minggu terakhir dlam bulan Ramadhan..
Alhamdulillah,mungkin rahmat Allah,pagi tadi hujan sangat lebat..Aku sampai ke sekolah pun dalam keadaan yang basah kuyup..Semasa mjlis khatam Al-Quran tadi,plajar yg trlibat ialah Tingkatan 1,2 & 4..Majlis Khatam dikelolakan oleh Ustaz Aziezul & Ustaz Suhaimi..


Hari ni juga aku serta dua org rakanku menghadapi PLBS ke-2 ..
Kami ditugaskan untuk mnyampaikan forum..
Berdebar sungguh rasa pabila berada di hadpan teman2 sekelas tp alhamdulillah smua berjalan lancar..


Hari ni pun si Dia berwajah manis je mngenakan kemeja putih dan bersongkok..Waktu balik pun hnya trserempak dgn die di tgga sekolah..walau ap pun,,sayang take care ok (^^,)


Semoga ap yang berlaku pada hari ini membawa hikmah kepada semua orang yang terlibat..

Thursday, 25 August 2011

Syawal Tahun 2011

Assalamualaikum..
Salam muhibah..


Pada kedatangan syawal ini,,sjujurnya dr hati ini..Aku tidak merasakan kemeriahannya..Sewaktu aku kecil dahuluy,,aku rasa seronok meraikan syawal tp skrang sgalanya berubah..Maklumlah,,raya cuma seminggu shja..
Syawal pun diraikan dengan bnyaknya kerja skolah yang dibekalkan..
selepas sminggu beraya,,fikiran pula memikirkan peperiksaan yang bakal hampir...


Tetapi walau ap pun,,aku akan mnyambut juga hari kemenangan ini..
Namun di sudut hatiku,,aku teringin untuk meraikan Hari Raya Aidlfitri ini bersama orang yang paling ku sayang pada saat ini bersama kluargaku tetapi ku mengerti..Dia pulang ke kampung halaman bertemu dengan ayah dan mamanya..Dia juga mnyatakan yang tidak sbar2 untuk menemui adik2 nya di kampung..Pada masa yang sama juga,,angahnya tidak dapat pulang ke kampung kerana isterinya mungkin bakal bersalin 2-3 hari sebelum menjelangnya syawal,,so angah hanya dapat beraya di Kuala Lumpur..Si Dia pula dengan alongnya yang tggal di gelang patah bercadang untuk pulang ke kampung pada malam hari Sabtu dan belum ada keputusan yang pasti kemungkinan mereka skluarga akan beraya di Kuala Lumpur bersama baby baru dan juga merupakan cucu sulung dlam kluarga bahagia itu..Apa2 sekali pun,ku mengharapkan agar dia mampu menjaga diri dan selamat pulang dan kembali ke Johor Bahru..


"Selamat Hari Raya sayangku...
Yaya memohon maaf  di atas segala kesilapan yang pernah yaya lakukan terhadap abang selama hubungan kita ini terjalin..Terima kasih kerana telah mengajarku erti kehidupan yang sebenar..Terima kasih juga memberiku peluang untuk memperbaiki kesilapan ku..Akan ku usahakan untuk mengekalkan hubungan kita ini supaya kekal hingga ke akhir hayatku jika ianya diizinkan Allah S.A.W.."


Kepada rakan2 ku yang lain,ku menyusun sepuluh jari ini dengan penuh rendah diri,,ku memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahanku terhadap kamu semua ...Maafkanlah diriku..Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa..