Alhamdulillah,bersyukur kepada Allah kerana memberi kita peluang untuk bernafas menghirup nikmat udara yang tidak terkira nilainya..
Pada perayaan tahun baru cina yang lalu,Alhamdulillah,Nurul berkersempatan juga untuk menjenguk nenek di kampung..Maklumlah,kesibukan ayah dan ibu menyebabkan kami jarang pulang ke kampung halaman..Terasa kerinduan itu menerpa di dalam hati tatkala melihat nenek duduk di kerusi dapur..Ku peluk,ku cium nenek dengan hati yang sangat sayu..Tiba-tiba menerpa di fikiran ku,adakah aku mampu menjaga ibuku di saat dia sudah tidak mampu lagi untuk berjalan??
Allahurabbi,mudah-mudahan aku menjadi anak yang solehah buat ayah dan ibuku..Semoga Allah memberiku jalan dan peluang untuk mencurahkan bakti untuk orang tuaku..

Semoga ayah dan ibuku bahagia sentiasa..termasuk juga abangku..
No comments:
Post a Comment