BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Miss Nurul

Miss Nurul

Thursday, 14 March 2013

DEBARAN SEMAKIN TERASA

Assalamualaikum...
huh!! lagi 6 hari saja lagi SPM nak diumumkan???!!!
BERDEBAR ?? TAKUT ?? CUAK ?? semua ada.....
semoga dapat straight A's ye kawan2..!! tawakal..!!!

tunggu  dan tungguu.......

Wednesday, 6 March 2013

Ayah Imran Ajmain Meninggal Dunia

IMRAN AJMAIN

Assalamualaikum semua...

Innalillahi wainnailaihi raji'un....
Salam Takziah buat abang Imran yang merupakan penyanyi yang berasal dari negara Singapura.. Beliau yang terkenal dengan lagu "Dikalung Kasihan" telah kehilangan ayahanda tersayang Allahyarham Ahmad Husaini Ajmain  yang telah pulang ke Rahmatullah pada 5 Mac 2012..



Melalui fan page facebook beliau (Imran Ajmain) ,Admin telah menyampaikan berita sedih ini....
**[ Imran's Online Manager: Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk ayah Imran Ajmain, Allahyarham Ahmad Husaini Ajmain yang telah pulang kerahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-fatihah.]

**[Imran's Online Manager: Jenazah arwah bapa @ImranAjmain akan dibawa ke Masjid En-Naeem pada jam 10pagi. Yg ingin menziarah bolehlah ke rumahnya atau di masjid.]

Kami peminat2 setia dan juga dari "imtiaz" mengucapkan Takziah di atas pemergian arwah.....




Thursday, 21 February 2013

KEMBALI MELAUNGKAN SUARA MERDU DI DATARAN SMK KEMPAS

Assalamualaikum..

Hah!! hari ni ada story baru.. wiieeyyy!! wwiieeyyy!!! Alhamdulillah!! akhirnya ideaku membuahkan hasil..Aku mendapatkan ide selama 40hari 40malam.. hohoo..lama tak??
hahaha.. xde laa..dalam waktu semalaman aku mencuba mencari step-step formasi yang kreatif untuk pasukan kadet polis...I LOVE YOU ALL okay..Sebab tu laa aku datang membantu pasukan kita nih...

Walaupun ada budak baru yang lambat PICKUP,at least aku tak putus asa nak ajar diorg lagi..aku akan ajar diorg sampai diorang boleh.. Budak-budak lama jangan ckap laa.. jalan macam 150km/h.. Pernah sampai aku dah hampir lemas tak cukup nafas bagi arahan,,,hahaha! laju sangat..nak aja aku senyap,tapi takut diorg langgar kereta orang plak!! hahaaha~~

So aku cuma harap~~ Kadet Polis wanita boleh tingkatkan prestasi!!

Jangan risau,aku ada untuk korang!!
Jangan berpuak-puak~~ itulah nasihat yang selalu aku pesan..hooohooo

Sunday, 17 February 2013

Ceritaku di Tahun Baru Cina

Assalamualaikum
Alhamdulillah,bersyukur kepada Allah kerana memberi kita peluang untuk bernafas menghirup nikmat udara yang tidak terkira nilainya..



Pada perayaan tahun baru cina yang lalu,Alhamdulillah,Nurul berkersempatan juga untuk menjenguk nenek di kampung..Maklumlah,kesibukan ayah dan ibu menyebabkan kami jarang pulang ke kampung halaman..Terasa kerinduan itu menerpa di dalam hati tatkala melihat nenek duduk di kerusi dapur..Ku peluk,ku cium nenek dengan hati yang sangat sayu..Tiba-tiba menerpa di fikiran ku,adakah aku mampu menjaga ibuku di saat dia sudah tidak mampu lagi untuk berjalan??
Allahurabbi,mudah-mudahan aku menjadi anak yang solehah buat ayah dan ibuku..Semoga Allah memberiku jalan dan peluang untuk mencurahkan bakti untuk orang tuaku..

Selepas bersiap-siap ingin balik semula ke JOHOR BAHRU,Nurul meminta ayah untuk membawa Nurul ke tepi laut pada waktu malam..Nurul bukannya apa,cuma mahu ayah dan ibu merasakan nikmatnya ciptaan tuhan dengan melihat laut terbentang luas di hadapan mata pada waktu malam..Nurul tahu yang ayah dan ibu mmg tiada masa langsung untuk menikmati itu semua..Betapa damainya hatiku pabila angin laut menerpa lembut ke muka ku..Ya Allah,sesungguhnya Engkau maha berkuasa menciptakan laut seindah itu..


Semoga ayah dan ibuku bahagia sentiasa..termasuk juga abangku..


Tuesday, 5 February 2013

Ku Perkenalkan Sepupuku

Assalamualaikum...
   Isnor atau nama famous dalam family
we call her "FARAH"
Agak dah lama jugak Nurul tak post ..It's OK la.. Nurul pun sibuk jugak kebelakangan nih.. Kali ni Nurul cuma nak post tentang sepupu Nurul yang tak akan putus hubungannya hingga hari akhirat.. Nur Zulikha dan Isnor Farhana.. Merekalah sepupu Nurul yang paling "TIP TOP" .. Zzaaaaassss..!! Antara kamibertiga tak tahula siapa yang akan berkahwin dulu.. Maklumlah kami dri dulu asyik bertiga je..hikhikhik (^_^)"

Ni jela yang nak share..bye.. Assalamualaikum :)
Zulika atau nama famous dalam family
we call her "IKA"

Wednesday, 28 November 2012

Nurul Hidayah Bekas Pelajar SMK KEMPAS 2012

ALHAMDULILLAH....ALHAMDULILLAH....ALHAMDULILLAH

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan berkat keredhaannya,aku mampu menamatkan peperiksaan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA bagi sesi 2012.. Allahuakbar.. Betapa leganya aku apabila mampu menamatkan urusan dunia ini... Meskipun aku telah menamatkannya,namun aku tidak akan berhenti berdoa..DOA SENJATA orang mukmin...Syukran Jazilan Ya Allah..Engkau permudahkan segala urusanku...

Teringat aku di saat pahit manis yang aku jalani sebagai seorang pelajar sekolah menengah tinggi..
Di saat aku sibuk melibatkan diri dalam latihan olahraga yang berterusan,aku kecundang dalam usaha menimba ilmu pengetahuan..KELETIHAN setelah aku belajar di dlam kelas,disambung pula dengan kelas tambahan,seterusnya disambung pula dengan latihan olahraga,Allahurabbi..Aku shja yg mengetahui setinggi mana lelah ku,keletihan ku,kelesuan badanku menjalaninya setiap hari...Pada saat itulah aku jatuh tersungkur dalam akademik..Namun aku bangkit semula..aku tidak jadikan Tugasku sebagai ATLIT menjadi penghalang!!
Begitu juga aku menggalas tanggungjawabku sebgai KOMANDEN KADET POLIS WANITA..Melayan kerenah anak buahku seramai 36orang yang pelbagai ragamnya adalah tidak mudah..Kadangkala emosiku terganggu kerana disiplin mereka kurang memuaskan hatiku..Di saat aku penat menghadapi kelas sepanjang hari,ditambah pula dengan tekanan skuad-skuad wanita ku,aku terasa amat LETIH!! tapi aku bersifat PROFESIONAL agar tiada sesiapa pun bermasam muka...Alhamdulillah,,aku mampu membawa kotinjen ku ke acara kawad kaki 4 kali dalam thun ini..Alhamdulillah..
Selepas itu,,huh~~ banyak lagi lah,.,tidak mampu untuk aku ceritakan keseluruhannya..tapi alhamdulillah..segalanya sudah tamat..
TANGGUNGJAWABKU sebagai seorang pelajar sudah terlaksana.. Semoga Allah memberkati segala usahaku untuk menjadi yang terbaik di antara yang terbaik...
Jazakallahu khairan katsiran kpada semua pihak yang sentiasa memberi semngat kepada ku... Semoga ALLAH MERAHMATIMU..~~

Tuesday, 6 November 2012

Peperiksaan SPM sedang berjalan tapi tak salah kan untuk yaya berkongsi..
Nak tahu,hati ini tiba2 TERFIKIR satu perkara..AKU NI AMBIL PERIKSA UNTUK AP?? 
(mungkin org anggap yaya ni giler tnya soalan mcm tu) tp ni mmg betul IKHLAS terdetik di hati bertanya pd dri sndri... Beristighfar yaya di dalam hati..selama ni aku mnuntut ilmu hanya untuk lulus ke?? MASYALLAH!! Ya Allah ampunkanlah hambamu ini yang lemah.. UBAHLAH hati ini.. tetapkan niat bhawa kita mnuntut ilmu adalah untuk digunakan dalam khidupan seharian..bukan skadar lulus periksa..Patutlaa kadang2 ilmu allah yang sedikit itu kita tidak mampu kuasai... Lepas ni jangan slahkan guru-guru ye kenapa kita gagal,atau kenapa kita tak pandai.. cubalah putarkan semula ayat itu untuk diri sendiri..
Wallahualam~~